Hmm..
Hanya mahu menitipkan sesuatu di blog ini
Tapi aku sendiri tidak tahu apa yang harus dititipkan
Aku terlalu rindu untuk berbicara di blog ini
Tapi kerja yang menimbun membuatkan aku kurang masa untuk berbicara
Ini merupakan semester akhir aku di UMP ini
Semester akhir?
Tidak tahu apa yang harus aku rasa
Sedih? Gembira? Teruja? Risau?
Semua berkumpul menjadi satu
Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk berada di sini
Aku akan merindui segala kenangan di sini
Sedih, gembira, suka, duka
Semuanya terpahat di sudut hati kecilku
Kehidupan di universiti bukan hanya untuk belajar teori subjek sahaja
Kehidupan universiti ini mematangkan aku
Sahabat, kekasih, musuh, kawan, adik, abang, kakak
Aku sudah dapat membezakan mereka
Siapa kawan yang hanya untuk bersukaria
Siapa sahabat yang sedia untuk bersama di kala susah dan senang
Siapa mereka yang aku boleh anggap sebagai saudara kandung sendiri
Semuanya aku sudah kenal
Bermacam ragam manusia di dunia ini
Terlalu pantas masa berlalu
Hingga tidak sedar ada yang akan berakhir
Dan ada sesuatu yang memang kita tidak mahu ia berakhir
Ianya sangat berharga untuk diakhiri
Tidak dapat dibeli hatta dengan wang berbillion
Lebih berharga daripada intan berlian
Akan rugilah kepada mereka yang membiarkan ia berakhir
Aku tahu kalian tahu apa yang aku maksudkan
Hanya yang mengerti sahaja tahu...
titipan dari seorang ruzzaida
5 comments:
npe pulak ni kak?
pnuh puitis kata2 yg di ucapkn akak..
mcm memendam sesuatu..
to misz luna : xde memendam ape2 pun cuma sekejap je duk kt ump ni.. Pejam celik, da nk kuar..huhu
mesti rindu nti.. waaa
Very true!
Cherish your campus life while you can sis. Sebab campus life was one of my most beautiful moment in life. And I do believe it is one of your most beautiful moment too. Kan?
Sangat rindu dengan life di universiti. Huhu.
fewit! sguh pandai berkata2...
huhuhu..
xterlawan deh...
to kak mell : betul tu kak mell.. life di universiti sgt la best..huhu..
to ima : cesss.. perli ker.. buekk..
Post a Comment