Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

~hurmm~

Assalamualaikum sume..
Wah2.. da lame ek aku x update blog ni..
Cian dia tunggu tuan dia update.. huhu
Banyak sangat keje nk dibuat..
PSM, final exam, tesis n g jalan2.. haha..
Ari tu ( 1 smp 3 Mei ) g jejak warisan kat Negeri Sembilan..
Best jugak la dapat melawat tempat2 sejarah kat sana..
Kat sana pun duk ngan family angkat..
Nasib baik la aku duk ngan Alia yg paham cakap nogori..
Klo tak, ternganga jugak aku bercakap dgn mak angkat ( Wan ).. huhu
Tapi aku cuba jugak untuk pahamkan ape yg Wan cakap.. =]
Layanan kat sane sangat ok.. seronok duk sane...
Overall, jejak warisan kali ni lain dari jejak warisan yg lepas2..
Tahniah kepada penganjur.. hehe =]
Emmmm.. ari ni lak ( 6 Mei 2009 ), aku g jumpe supervisor PSM aku..
G amik draf tesis yang disemak minggu lepas.. huhu
Banyak jugak yang aku kena betul n tambah..
Kena struggle lebih la ni.. huhu..
Apa2 pun.. aku akan cuba wat yang terbaik..
InsyaAllah..
Korg sume doakan aku yer.. =)
Lastly,
Aku mmg sangat rindukan orang yang berada jauh di sana..
Ntah dia rindu kat aku ke tak..
Ntah2 dpt awek Arab kat sane.. Siap la dia.. 
Tarik telinga nanti.. haha =p

Tuesday, February 24, 2009

2BEP 04LB

Tarikh : 15 Februari 2009
Lokasi : Hutan Lipur Sekayu & Stesen Janakuasa Elektrik Kenyir
Masa : 8.00 am ~ 5.30pm


Haria ahad lepas, kelas 2BEP telah melawat Stesen Janakuasa Elektrik Kenyir sebagai salah satu keperluan untuk subjek Electrical Power System BEE 3133 . Aku pun termasuk jugak dalam rombongan lawatan tersebut. Kami bertolak seawal jam 8pagi dari UMP. Setelah lebih dari 4jam, rombongan berhenti rehat di Hutan Lipur Sekayu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Stesen Janakuasa. Sampai di Kenyir lebih kurang jam 1.30pm. Berehat-rehat sekejap. Taklimat dari pihak TNB diadakan pada jam 2.00pm ~ 3.00pm. Kalau tak silap aku la.. Lepas taklimat kami dibawa melawat ke kawasan empangan yang digunakan untuk menjana elektrik. Ada 4 turbin besar, step-up transformer, step-down transformer, alur limpah dan satu control room yang digunakan untuk operasi di stesen tersebut.

Lawatan habis lebih kurang jam 5.30pm. Sebelum pulang rombongan singgah di sebuah masjid untuk solat dan juga singgah di Pantai Marang untuk makan malam. Bertolak pulang pada jam 8.30pm. Sampai di UMP lebih kurang jam 12.00 am.






p/s : gambar kabur.. harap maaf..

p/s 2 : klaka tul bila aku jadi skema.. haha!!!