Sunday, September 14, 2008

Senandika Hangout ( siri 1 )

Assalamualaikum..
Salam sejahtera utk yg non-muslim..
( ayat skema sebelum bercerita..hehe )

Senandika hangout telah diadakan pada 12 September 2008,
Jumaat bersamaan 12 Ramadhan 1429H..
Best sangat...

6 buah kereta telah disediakan untuk hangout kali ini..
maknanye 30 warga senandika telah bersedia utk memeriahkan suasana..
perjalanan dimulakan pada jam 6pm..
seperti biasa...
driver kereta yang aku naiki adalah Azril Nizam Muhamad..
penumpangnya adalah aku, yana, aainaa dan huda..
driver2 lain adalah DJ, syafiq, lan, wanie and peedot..
peedot dengan sukarelanya membawa kenderaan sendiri..hehe..

sebelum sampai ke destinasi utama iaitu Tanjung Lumpur,
kami singgah di Bazar Ramadhan Jaya Gading untuk membeli kuih-muih sbg bekalan berbuka puasa... Kuih biasa2 jerr..
Lepas tu, ktorg terus ke padang kat bandar kuantan.. Yang dekat ngn masjid tu..
cam biasa la.. berbuka di situ n then solat maghrib di masjid besar tu..
Usai solat maghrib, terus bertolak ke Tanjung Lumpur..

Di Tanjung Lumpur,
Senandika telah berjaya memeriahkan kedai makan tersebut..
Aku tersenyum sendiri melihat gelagat senandika yang mmg sempoi n selamba giler..
"Bila la lg aku dpt bersama diorg, nanti da nk kuar..huhu ", hatiku berkata-kata..hehe.. =p
Juadah yang disediakan waktu berbuka adalah Ikan masak 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin, telur dadar dan sotong salut tepung goreng bersama dengan nasi putih..
Makan..makan..makan..sedapnya..
Aku paling suka kailan ikan masin.. Very da Sedap!!! haha..
Habis makan, sesi bergambar plak..hehe..
Klik..klik.. nti aku upload gambar..

Then, kitorg dengan gigihnya bergerak ke Teluk Cempedak untuk
menjayakan overnite senandika..

Di Teluk Cempedak...
Sebelum menjejakkan kaki ke pantai, jalan2 dulu di gerai2 kecil Teluk Cempedak..
Tengok street performance jap.. Best...
Pastu yana n aainaa belikan aku hadiah..
Sweet sangat.. Thanx aainaa n yana..
Akak syg kamu sgt..muahxx!!!

Selepas menjejakkan kaki ke pantai...
bermulalah aktiviti senandika..
akan diceritakan dalam entry yg seterusnya..hehe

Dari jam 10.30mlm smp la 4pagi ( jika xsalah la.. )
senandika telah memeriahkan teluk cempedak dengan aktiviti rutin iaitu
bermain botol beracun, main regu, main tepi pantai...

Jam 4pagi, kitorg bergerak ke Coffee Street di Kuantan utk minum2..
Then 4.30 pagi, bergerak ke De' Mall kat tepi Megamall kuantan untuk bersahur..
Majoriti memesan air suam dan roti canai..

Jam 5.30 pagi, bergerak pulang ke UMP..
Jam 6pagi lebih baru sampai..
Cukuplah setengah hari senandika bersama-sama..
Hangout paling lama pernah aku sertai..hehe
Mengantuk giler tp sangat best bile bersama senandika..
Sweet sangat!!!!

2 comments:

::.chocolate ice.:: said...

besh dpt mkn semeja ngan akak..

sebab pe..

sebab saya suka mkn...huhuhu...

Ruzzaida said...

akak da tau da bob..
akak kan makan sket.. hehe
best la korg berempat duk semeja ngn kitorg yg mkn skit ni..
huhu =]