Thursday, September 11, 2008

Waspada ‘lelaki sempurna’ ( taken from Harian Metro 11 September 2008 )



KUALA LUMPUR: Golongan wanita perlu berhati-hati dengan lelaki yang menunjukkan sifat terlalu mengambil berat atau penyayang hampir sempurna bagi mengelak mereka terperangkap dalam hubungan penuh derita.

Ini kerana sifat itu menunjukkan ciri-ciri lelaki posesif dan pendera dan kemungkinan hanya dijadikan topeng untuk menutup sifat sebenar mereka bagi memikat wanita.

Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita sering menyalah anggap sikap lelaki yang sering menghubungi mereka, menunjukkan sifat ingin tahu apa sedang dilakukan termasuk mengingati semua tarikh penting seperti hari lahir sebagai penyayang.

Sedangkan ia tanda sikap posesif dan mengongkong yang seterusnya akan membawa kepada rasa cemburu melampau sehingga sampai satu tahap lelaki itu akan bertindak agresif termasuk memukul pasangannya.


“Wanita harus berhati-hati apabila berdepan dengan lelaki yang menunjukkan ciri hampir sempurna kerana mereka mungkin terpedaya,” katanya.

Khairol berkata, pengertian lelaki romantik dan penyayang seperti yang difikirkan wanita pada hari ini adalah pengaruh daripada filem dan tidak realistik.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki berusia 40-an sanggup membalas dendam dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu kehidupan bekas isteri dan mentua kerana marah rahsianya seorang kaki perempuan terbongkar.


So, guys.... what do u think about this article.. hehe..
Betul ke macam tu??? hurmm..
( thinking... )


5 comments:

nyda said...

uishh...
btol ke??
takotnyer~
tak pe
blaja karate dari skrg
senang masa depan
haha~

nota.kematian said...

hahaha

bleh plak macam tu...
ish ish ish...


kena buat perjanjian bertulis awal awal tu.
wahaha

Ruzzaida said...

to sis nyda :
ntahla akak.. sy pun takot bile bace article ni..huhu..
susahnye nk cari bakal suami..hehe
betul2.. kita blaja karate..
xpun mahirkan diri dgn penggunaan penyapu n sudu garfu sbg senjata.. haha

to nota.kematian :
dalam perjanjian tu kena ada satu syarat yg paling penting iaitu ;
i) denda RM1 juta utk satu lebam
kt badan..

nyda said...

hahahaha..
butalah mata kau kasimmmmm~

Ruzzaida said...

haha!!!
nasib ko la kassim..